"Jagalah dirimu
dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid,
dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan
Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah
kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan
cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri,
nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa
kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari
abu Hurairah)
Perintah yang
terkandung dalam hadis di atas :
1) Menjauhi
perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat
para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya
upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan
haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, pendengaran, penglihatan
dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia
biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.
2 Relakan
kurniaan dari Allah
Untuk mencapai
ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat
qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup
apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku
orang yang paling kaya di dunia.
3. Hubungan
baik dengan jiran
Untuk mencapai
ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan
mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling
hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.
4. Cintakan
orang lain
Islam adalah agama
kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah
menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih
terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya
harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.
5. Jangan
banyak ketawa
Ketawa pernah
disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah
menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius
dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam
keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak
ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia
dia akan ketawa di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan