8 PEGANGAN MUSLIM
1.
UNTUK BADAN
Menjaga Kesihatan
Setiap ahli usrah hendaklah melakukan pemeriksaan umum kesihatan dari semasa ke
semasa. Jika kita berpenyakit, segeralah berubat. Selain itu, ambil berat
tentang punca-punca kekuatan badan dan pemeliharaan kekuatan itu dari segi
kesihatan. Jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan
kesihatan badan.
Menjaga Kebersihan
Jagalah kebersihan dalam semua hal: dalam rumah tangga, pakaian, makan minum,
tubuh badan, dan tempat bekerja. Agama Islam itu diasaskan di atas dasar
"kebersihan".
Minuman dan Rokok
Janganlah minum kopi, teh dan minuman penyegar lain secara berlebih-lebihan.
Seboleh-bolehnya jangan sama sekali menghisap rokok.
(Ulasan penyunting: Saya yakin merokok amat berbahaya kepada tubuh badan dan kesihatan kita. Alhamdulillah, saya berhenti merokok sejak tujuh tahun yang lalu setelah "berhenti-henti" selama seminggu, sebulan dan enam bulan. Namun demikian, saya berhenti merokok bukanlah atas sebab-sebab kesihatan. Saya berhenti merokok atas sebab-sebab agama [setelah membaca tiga buah buku yang berkaitan dengan keharamannya] dan sebab-sebab sosial. Nyatakan pendapat anda di forum GU. Diharap ada respons.)
(Ulasan penyunting: Saya yakin merokok amat berbahaya kepada tubuh badan dan kesihatan kita. Alhamdulillah, saya berhenti merokok sejak tujuh tahun yang lalu setelah "berhenti-henti" selama seminggu, sebulan dan enam bulan. Namun demikian, saya berhenti merokok bukanlah atas sebab-sebab kesihatan. Saya berhenti merokok atas sebab-sebab agama [setelah membaca tiga buah buku yang berkaitan dengan keharamannya] dan sebab-sebab sosial. Nyatakan pendapat anda di forum GU. Diharap ada respons.)
Riadah Amalkan
apa-apa riadah badan walaupun sekadar berjalan-jalan kaki sahaja. Jadilah ahli
mana-mana pasukan pengembara jika umur anda munasabah dengannya.
Minuman Keras
Hindari diri daripada arak, sebarang minuman yang memabukkan, dan minuman yang
boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minuman yang berbahaya.
2. UNTUK AKAL
Amalan Membaca
Pastikan diri kita mampu membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah kita
sentiasa membaca bahan bacaan Islam, akhbar dan majalah bermutu. Jika anda
golongan iktisas dalam sesuatu bidang pengetahuan, usahakan sebuah perpustakaan
khas peribadi, walaupun kecil, agar saudara berpeluang mendalamkan ilmu
pengetahuan. Timbalah pengalaman dalam urusan agama Islam sekira-kira
membolehkan anda menggambarkan hakikat dan menimbang sama ada cocok atau tidak
satu-satu perkara itu dengan tujuan dakwah kita.
Mendalami Pengetahuan Islam
Hendaklah saudara dapat membaca Al-Qur'an dengan betul; dan juga hendaklah
saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki
mempelajari sirah atau perjalanan Rasulullah s.a.w. dan sejarah angkatan
salafus soleh atau yang sangat mustahak tentang asas-asas akidah, asas-asas
bagaimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia syariat Allah
s.w.t.
3. UNTUK BUDI PEKERTI
Berketerampilan
Hendaklah saudara sentiasa dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan
halus, mudah berkesan sama ada terhadap sesuatu yang baik mahupun terhadap
sesuatu yang baru; sama ada terhadap perkataan-perkataan mahupun terhadap
perbuatan.
Berkata Benar
Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta;
hendaklah saudara kuat kemahuan dan janganlah teragak-agak dalam sesuatu
perkara, yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani
mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawasi diri sendiri ketika
marah.
Berani
Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia
keberanian itu ialah berani berterus terang dengan perkara yang benar dan
hendaklah saudara menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup
menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.
Serius
Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh-sungguh dalam
sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang
saudara daripada bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan
tidak mengada-ngada.
Hindari Kejahatan
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada
kawan-kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri
daripada tempat maksiat dan dosa.
4. UNTUK SAKU
Bekerja Walaupun Sudah Kaya
Hendaklah saudara membuat apa jua kerja yang halal yang boleh mendatangkan
rezeki sekalipun kalau saudara sudah kara-raya; dan juga hendaklah saudara
memilih kerja yang bersungguh-sungguh dan mencubanya sedaya upaya walaupun
kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya dalam
satu-satu kerja.
Teruskan Kerja
Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat kerajaan,
tetapi janganlah pula menolaknya jika ada peluang. Janganlah lepaskan kerja
yang ada kecuali kerja itu benar-benar berlawanan dengan tugas-tugas gerakan
dakwah kita.
Jujur
Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas saudara
dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu; jangan
sekali-kali menipu; bahkan hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan
tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.
Jangan Berjudi
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada permainan judi walaupun apa jua
coraknya, dan walau apa pun jua tujuan yang ada di sebaliknya. Hendaklah juga
saudara menjauhkan diri daripada cara-cara penghasilan haram walaupun di
sebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.
Hindari Riba
Jauhilah diri kita daripada riba dalam semua muamalah jual beli--bersihkan diri
anda daripada sebarang bentuk riba.
Menyimpan dan Berjimat
Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa
kecemasan walaupun simpanan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara
terjerumus ke dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak mustahak.
Hindari Maksiat
Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan
menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup
bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.
Berhemat Hendaklah
saudara menggunakan harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang
menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara
berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun
ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air
saudara sendiri.
5. UNTUK ORANG LAIN
Adil
Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walau
apa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab
saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudara memejam mata daripada
kejahatan-kejahatan mereka itu kerana saudara menyayanginya. Budi baik orang
lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan bermusuhan. Hendaklah
saudara bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang
paling hampir dengan saudara sekali pun percakapan yang benar itu pahit dan
maung akibatnya.
Komited
Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan
am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara
dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapai maksud ini hendaklah
saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat,
menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang
ditimpa kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang
melegakan hati. Tegasnya, hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau
apa jua pun coraknya.
Belas Kasihan
Hendaklah saudara bersifat belas kasihan dan bertolak ansur. Dalam hal ini
hendaklah saudara memaafkan dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas
kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akan tetapi juga terhadap
makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermuamalah dengan orang lain secara yang
baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara
memelihara sopan santun secara Islam dalam pergaulan sehari-hari--iaitu dengan
cara menaruh perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang tua,
melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis perhimpunan ramai.
Janganlah saudara mengintai atau mengumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah
saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke sesuatu tempat dan
begitu juga ketika hendak keluar daripada sesuatu tempat.
Hak Hendaklah saudara
meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunai hak orang lain
dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan