Firman
Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu
hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah
diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh
Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana
inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:
"Ya
Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja
yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah
seperti berikut:-
1.Mereka
yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran
tetangga.
2.Mereka
yang menyerupai babi.
Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka
yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
Inilah balasan
bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka
yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yangberdusta.
5.Mereka
yang berbau busuk seluruh badannya.
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam
jual beli atas penipuan.
6.Mereka
yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat
atau perbuatan jahat.
7.Mereka
yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.
Ini balasan
mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka
yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas.
Ini adalah
balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka
yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta
anak yatim secara zalim.
10.Mereka
yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan.
Ini adalah
balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka
yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk bibirnya berjuntai hingga keperut, dari
perut dan pehanya keluar kotoran.
Ini adalah
balasan mereka minum minuman keras.
Dan
satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka
yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.
Ini balasan
orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan
solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan