Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah, Maha Penyayang.
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli
tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di
antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin
Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa
kami?"
Ibrahim
bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh
perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tapi
kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu
cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca
Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan
nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan Syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa
syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa
syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa
neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa
mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur
lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mengubur
mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pengajaran bagi
mereka.
Sabda Nabi s.a.w :
" Dan janganlah dipilih
hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi
jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ".
Dari Auf bin Malik r.a. katanya :
" RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan
mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya
Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia,
muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan
air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian
putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan
keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri
(suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalam syurga, dan jauhkanlah dia
dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya
mayat itu saya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan