Adil

(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya: 

Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),

maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); 

dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan 

PENGERTIAN ADIL

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil: 

1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya. 

2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang. 

3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya. 

Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu: 

1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain). 

2. Menghapuskan kezaliman. 

3. Melaksanakan hukum dengan saksama. 

4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya. 

SIFAT ORANG YANG ADIL

Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil. 

1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala. 

2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah. 

3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.

4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala. 

5. Berperibadi mulia iaitu:

i- tidak mementingkan diri sendiri

ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan. 

iii- Bijak dan tegas

iv- Berani menghadapi risiko.

Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud : 

(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka. 

ADIL KEPADA DIRI SENDIRI

Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. 

Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya: 

Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. 

( Surah Al A’raf Ayat 23 ) Ertinya: 

Mereka berdua merayu : “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.” 

Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya: 

Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu. 

ADIL KEPADA ORANG LAIN

Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran: 

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya: 

Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 

Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah: 

1. Iman dan takwa kepada Allah. 

2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan. 

3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias. 

4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang. 

Tiada ulasan: