Iman memerlukan pembuktian. Solat fardu merupakan satu di antara pembuktian iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah meruntuhkan agamanya.
"Seorang lelaki telah mendatangi Rasul dan bertanya: 'Ya Rasulallah,apakah amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi: 'Sembahyang tepat pada waktunya. Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama." (Baihaqi)
Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan sembahyang fardu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.
"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia telah terputus dari pemeliharaan Allah." (Ibn Majah & Baihaqi)
Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.
"Barangsiapa memelihara solat (yang fardu), maka baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, bukti dan kemenangan di
hari kiamat. Malah pada hari kiamat, dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf." (Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)
Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (qadhaan) juga adalah suatu yang dicela oleh agama.
"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan bertemu dengan kesesatan." (Maryam: 59)
Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah berkata:"Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali, tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari waktunya."(Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)
Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata: "Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang waktu asar, tidak bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah seterusnya. Mereka yang berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan dimasukkan ke dalam sebuahlembah khas di neraka."
Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.
"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang." (Hadis Muslim)
Dan juga
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir ia."(Hadis Ahmad)
Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama (murtad). Itulah pendapat jumhur (majoriti)
ulama. (Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Amalan minum Rasulullah SAW
CAMPURAN AIR MADU DAN AIR SEJUK
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Usrah 3
Sirah - SAIDATINA SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID
Assalamualaikum warah matullah.Pada minggu ni kita akan sama-sama selami
peribadi dan riwayat kisah hidup wanita agung yang juga merupakan isteri
pertama Rasulullah s.a.w, saidatina khadijah binti khuwailid.moga kita
sama-sama dapat memperolehi manfaat dan menjadikan kisah hidup beliau sebagai
motivasi terutamanya kepada para muslimah.
Siapakah khadijah?
Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan
budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada
umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal
kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan
perniagaannya ke luar negeri.
Banyak pemuda Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin
berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak
ada yang berkenan di hatinya.
Bermimpi melihat matahari turun kerumahnya
Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam
rumahnya serta memancarkan sinarnya merata kesemua tempat sehingga tiada sebuah
rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.
Mimpi itu diceritakan kepada sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia
seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli
tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas
dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.
Waraqah berkata: "Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah
kelak dengan seorang Nabi akhir zaman." "Nabi itu berasal dari negeri
mana?" tanya Khadijah bersungguh-sungguh. "Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat. "Dari suku
mana?" "Dari suku Quraisy juga." Khadijah bertanya lebih jauh:
"Dari keluarga mana?" "Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga
terhormat," kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak,
kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: "Siapakah nama bakal
orang agung itu, hai sepupuku?" Orang tua itu mempertegas: "Namanya
Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!"
Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum
pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah
senantiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang
pemimpin itu.
Lamaran dari khadijah kepada Rasulullah s.a.w
Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata:
"Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!" Suaranya ramah, bernada
dermawan. Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu harga dirinya, Muhammad SAW
berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya:
"Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bagianku dalam rombongan niaga.
Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya
yang yatim piatu". Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu
memandangnya dengan penuh ketakjuban. "Oh, itukah....! Muhammad, upah itu
sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau
maksudkan," kata Khadijah r.a. "Tetapi biarlah, nanti saya sendiri
yang mencarikan calon isteri bagimu". Ia berhenti sejenak, meneliti.
Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandung isyarat:
"Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya
baik, kaya, diinginkan oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan
asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu". Khadijah
tertunduk lalu melanjutkan: "Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu
sudah pernah bersuami. Kalau engkau mau, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan
pengabdi kepadamu".
Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku
dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya
tak tahu apa yang mau dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang
terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran
Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa
kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.
Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia
menceritakan kepada Pamannya: "Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata
Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu
"anu dan anu...." Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan
kaya itu. 'Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang
cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani
Hasyim. Katanya: "Muhammad, kalau benar demikian, aku akan
mendatanginya".
'Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: "Khadijah, kalau
kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan
dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?"
Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata-katanya itu akan
dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati 'Atiqah:
"Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja
kukatakan kepadamu bahwa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau
ia mau, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan
bersuami hingga mati".
Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat 'Atiqah terdiam. Kedua wanita
bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius. "Tapi Khadijah,
apakah suara hatimu sudah diketahui oleh sepupumu Waraqah bin Naufal?"
tanya 'Atiqah sambil meneruskan: "Kalau belum cobalah meminta
persetujuannya." "Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu,
Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana
sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran", Khadijah r.a
berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan
karena dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir
zaman.
'Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera
menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu
Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan 'Atiqah dengan
Khadijah "Itu bagus sekali", kata Abu Thalib, "tapi kita harus
bermusyawarah dengan Muhammad SAW lebih dulu."
Khadijah yang cantik
Sebelum diajak bermusyawarah, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima
seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk
menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya:
"Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?"
Muhammad SAW menjawab: "Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada."
"Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu
engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan
sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?" "Siapakah
dia?" tanya Muhammad SAW. "Khadijah!" Nafisah berterus terang.
"Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan
kepadaku!"
Usaha Nafisah berhasil. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung
menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW
menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan
Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang
usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.
Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan,
cantik, hartawan, budiman. Dan yang utama karena hatinya telah dibukakan Tuhan
untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya. Kalau
dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang
masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli. Maka
diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu.
Hadir Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja
dijemput. Abu Thalib dengan resmi meminang Khadijah r.a kepada saudara
sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk
berunding dengan wanita yang berkenaan.
Pernikahan Muhammad dengan Khadijah
Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: "Hai
anak sepupuku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah,
memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula
pertalian kekeluargaannya luas". "Benar katamu, Khadijah, hanya saja
ia tak berharta", ujar Waraqah. "Kalau ia tak berharta, maka
aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk
menikahkan aku dengannya," demikian Khadijah r.a menyerahkan
urusannya.
Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahwa dari pihak
keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua
mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kawin lima ratus dirham. Abu
Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan "Ash-Shiddiq",
sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian
indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana
layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi karena
yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.
Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari
Jum'at, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam.
Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah pamannya bernama 'Amir bin Asad,
sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut
oleh Abu Thalib sebagai berikut: "Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah
Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu
Ma'ad, dari keturunan Mudhar. "Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan
kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan
menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.
"Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan
ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscaya ia lebih berat dari mereka
sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah
bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan
tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar
Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kawin lima ratus dirham yang
akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.
"Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya
bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita
gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat. "Semoga Allah
memberkati pernikahan ini". Penyambutan untuk memeriahkan majlis
pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak
lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang
lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada
mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.
Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada
suaminya dengan ucapan: "Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta
kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari
bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya
adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau
redhai !"
Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah)
mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan".
(Adh-Dhuhaa: 8)
Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang
sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.
Dijamin Masuk Syurga
Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam
belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa
kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun
wafatnya disebut "Tahun Kesedihan" ('Aamul Huzni).
Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika
wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika
Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama
yang disampaikan Jibril 'alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan
menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah
yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil
berkata: "Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang
menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh
Allah bagi umat kita. "Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah
engkau orang yang senantiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan?
Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau senantiasa menyantuni
anak yatim piatu, menghormati tamu dan mengulurkan bantuan kepada setiap orang
yang ditimpa kemalangan dan musibah?"
Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan
kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya
dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam,
menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan
dan hartawan Quraisy. Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus
yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain yaitu, menerima ucapan salam dari
Allah SWT. yang disampaikan oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW.
disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah
radiallahu 'anha serta dihiburnya dengan syurga.
Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa
terbatas. Nabi SAW pernah berkata: "Wanita yang utama dan yang pertama
akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW.,
Maryam binti 'Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir'aun".
Wanita Terbaik
Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi
Khadijah r.a ialah: "Dia adalah seorang wanita yang terbaik, karena
dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam
kebimbanga, dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia
telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya
terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak
ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain".
Putera-puteri Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga
lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari
puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama
sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dianggap sebagai
keturunan langsung dari Rasulullah SAW.
Perjuangan Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy,
maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di
belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada
pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Oleh
karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak
menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan
yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau
diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah
adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon)
kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan
jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan
kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang
ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku
dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa."
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, padahal di hadapan
kita ada "wanita terbaik di dunia," Khadijah binti Khuwailid, Ummul
Mu'minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan
membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan
serta membenarkannya.
Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu
beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT
membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan
memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang
diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :"Wahai,
Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan
makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya
dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga
dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan."
[HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata
:"Keshahihannya telah disepakati."]
Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai,
orang-orang yang terpedaya oleh dunia ?
Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan
orang Mu'min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi
SAW. Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama,
berjihad dan bekerja keras. Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia
berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi
teladan tertinggi bagi para wanita.
Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal
kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di
dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat-ayat Kitab yang mulia, sesuai yang
dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit
dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke kiri sehingga Nabi SAW
melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi
ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian,
tiada penghibur, teman, pembantu maupun penolong.
Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya.
Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar
dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau,
wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu
hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku." Maka Rasulullah
SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.
Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku.
Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi
umat ini." Nabi SAW tidak mendapatkan darinya, kecuali pe neguhan bagi
hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi SAW tidak
pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menyedihkan, baik berupa penolakan,
pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya. Akan tetapi Khadijah
melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan
urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.
Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka
turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata
kepadanya :"Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian
Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam
kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah yang
menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan
kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara
para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin.
Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih
besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya
Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah
mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat
beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam
menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat
jihad dan menolong- nya dengan jiwa dan hartanya.
Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang
mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia
memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah
mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain
dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]
Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata
:"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai,
Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan
atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari
Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat)
dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih
Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
rujukan:Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW karangan Muhammad
Ibrahim Saliim
SITI KHADIJAH - In Team
Siti khadijah...serikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati
serikandi pertama tika Islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
dia tersisih engkau memilihnya
dia terbuang engkau menyayanginya
kerna iman kau sanggup berjuang
ohh..siti khadijah namamu indah
kudwah hasanah tauladan ummah
tika rasul terpinggir engkaulah insan terhampir
siti khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
pemergian mu ditangisi nabi
hingga kini tiada pengganti
sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju Allah
jika teman seperti Khadijah masih ada lagi...
Usrah 2
Mengutamakan hak agama Islam:
Apabila berlaku pertembungan antara dua maslahah, iaitu maslahah Islam, jihad
dan dakwah dengan maslahah kehidupan, isteri, anak dan harta… maka
setiap individu muslim wajib mendahulukan maslahah jihad dan dakwah di
atas segala maslahah dunia, kepentingan peribadi, dan perasaan terhadap negara
dan keluarga.
Ini kerana, membentuk masyarakat Islam, mengukuhkan asas negara Islam dan
memberi petunjuk kepada insan yang dalam kesesatan… adalah tujuan utama. Bahkan
ia merupakan matlamat dan tujuan yang paling murni. Inilah apa yang
nyata dari pendirian Rib‘iy Ibn ‘Amir. Beliau berdiri di
hadapan Rustum ketika peperangan al-Qadisiyyah lalu berkata:
“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan
manusia terhadap manusia kepada penyembahan terhadap Allah,
dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman pelbagai agama
kepada keadilan Islam.”
Terdapat beberapa contoh para salafussoleh mendahulukan maslahah Islam dan
jihad di atas segala maslahah peribadi, keluarga dan keturunan. Lebih-lebih
lagi, perasaan yang cenderung terhadap keluarga dan isteri-isteri:
Seorang sahabat yang hatinya penuh keimanan; Hanzalah Ibn Abi ‘Amir yang
berkahwin dengan Jamilah Binti Ubaiy pada suatu malam Jumaat.
Pada keesokan paginya kaum muslimin di seru supaya keluar ke medan jihad.
Sebaik sahaja Hanzalah mendengarnya, beliau terus mengambil pedang, memakai
baju perang kemudian menunggang kudanya. Beliau menuju ke medan perang Uhud.
Apabila peperangan bermula, beliau bertempur sebagai seorang pahlawan.
Setelah barisan kaum muslimin tidak teratur lagi, Hanzalah bertempur di
tengah-tengah barisan kaum musyrikin sehinggalah beliau menemui Abu Sufyan.
Beliau menyerangnya. Abu Sufyan pun tersungkur. Hanzalah ingin menyembelihnya
dengan pedang. Tetapi Abu Sufyan menjerit mememinta pertolongan daripada kaum
Quraisy. Suaranya didengari oleh beberapa orang. Mereka menyerang dan memukul
Hanzalah sehingga ia terkorban sebagai seorang syahid.
Inilah dia Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, Allah Subhanahu wa ta‘ala telah
mendedahkan kepadanya alam ghaib, lalu Baginda bersabda: “Saya melihat
malaikat memandikan Hanzalah di antara langit dan bumi dengan air embun di atas
bekas yang diperbuat daripada perak.” Para sahabat pun bersegera pergi
melihat Hanzalah.
Mereka mendapati titisan air pada kepala Hazalah.… Lalu mereka bertanya kepada
isterinya mengenai Hanzalah. Isterinya memberitahu bahawa sebaik sahaja beliau
mendengar seruan jihad, ia terus keluar dalam keadaan berjunub dan belum sempat
mandi wajib, dengan sebab itulah malaikat memandikannya.
‘Abdullah Ibn Abi Bakar Radiallahu‘anhuma berkahwin dengan ‘Atikah
Binti Zaid. ‘Atikah adalah seorang yang jelita, berakhlak mulia dan
sangat beradab. Oleh itu, ia terlewat untuk keluar berperang dan berjihad. Ayahnya
Abu Bakar al-Siddiq menyuruhnya agar ia menjatuhan talak ke atas
isterinya. Beliau menyatakan sebabnya: “Isteri engkau telah menyebabkan engkau
sibuk dengannya dari keluar berperang, maka jatuhkan talak ke atasnya.” Lalu,
‘Abdullah menjatuhkan talak ke atas isterinya. Pada suatu ketika, ayahnya,
terdengar beliau mengungkapkan syair:
Maksudnya:
“Aku belum pernah melihat orang seperti aku yang mentalak wanita yang
sepertinya.”
“Ia ditalak bukanlah kerana dosa yang ia lakukan.”
“Ia berbudi pekerti mulia, berfikiran tinggi dan berkedudukan.”
“Sedangkan aku sudah tua, dan hatiku amat menyintainya.”
Seorang ayah mahukan anaknya menceraikan isterinya. Tetapi setelah mendengar
ungkapan syair ini, ayahnya menyuruh agar ia merujuk semula isterinya. Selepas
beberapa ketika, ‘Abdullah keluar berperang bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam di Taif. Malangnya ia terkena panah dan meninggal dunia setelah pulang
ke Madinah. Semoga Allah meredhainya.
Al-Tabarani dan Ibn Ishaq meriwayatkan bahawa Abu Khaithamah pulang
ke rumahnya setelah bermusafir. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula
telah keluar menuju ke medan peperangan selama beberapa hari. Pada hari itu,
cuaca sangat panas. Ia mendapati kedua-dua isterinya sedang berkhemah di
kebunnya. Terdapat dua buah khemah. Mereka telah merenjiskan air di sekitarnya.
Mereka juga telah menyediakan air yang dingin dan makanan untuk menyambut
kepulangan suami mereka. Apabila Abu Khaithamah tiba di sana, beliau berdiri di
pintu khemah dan melihat apa yang dilakukan oleh kedua-dua orang isterinya,
lalu berkata:
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di bawah matahari yang terik
dan angin yang panas. Sedangkan Abu Khaithamah di bawah teduhan yang dingin dan
di hadapan hidangan makanan yang telah tersedia serta di sampingnya isteri yang
jelita!! Ini bukanlah suatu yang adil.”“Demi Allah aku tidak akan
masuk ke khemah kamu berdua sehinggalah aku menemui Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam terlebih dahulu.” Tanpa berlengah lagi, isteri-isterinya
menyediakan bekalan. Abu Khuthaimah bersegera menunggang unta berangkat
mengejar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah ia menemui Baginda
di medan Tabuk.
Tidak syak lagi, sesungguhnya umat Islam dan belia Islam ketika mana mereka
mendahulukan cinta kepada Allah, Rasul, jihad di jalan Allah dan berdakwah
melebihi segala yang lain di dalam kehidupan ini sama ada mahal atau
pun murah; nescaya Allah Subhanahu wa ta‘ala akan memberikan kekuasaan kepada
mereka di muka bumi ini. Menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan,
kelemahan mereka dengan kekuatan. Dunia akan berada di bawah pemerintahan
mereka. Manusia seluruhnya akan tunduk kepada arahan dan larangan mereka… Jika
mereka menyelewang, maka tunggulah ketentuan daripada Allah Subhanahu wa
ta‘ala. Allah akan menurunkan bala dan azab. Allah Subhanahu wa ta‘ala
tidak memberi hidayat kepada kaum yang keluar dari batas ketaatan kepadanya,
dan terpesong dari petunjuk dan jalan Allah.
Benarlah firman Allah Subhanahu wa ta‘ala di dalam al-Quran:
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
(Al-Taubah: 24)
Benarlah apa yang difirmankan oleh Tuhan kita yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi
di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul.
(Al-Isra`: 9)
Usrah 1
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati
HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung
diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap
hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu
akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta,
keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan
seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia.
Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah
rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan
untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada
berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa.
Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya
satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana
pula kalau sepuluh dosa? Seratus
dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang
melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia
bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika
dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh
hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn
Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat
Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran
dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah
al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan
kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang
kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang
bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk
ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk
mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras
seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang
terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang
pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.“Dan ada juga
antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak
sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat
74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu
pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan
Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh
menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah
kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal
menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai
mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati?
Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah
Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian
Allah.
Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras
membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka
yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar,
ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan
santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak
makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit
dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah
zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi
kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara
banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati
mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang
tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak
dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang
yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik
dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Pengurusan Jenazah
Pengurusan Jenazah
1. Hukum.
·
Fardhu Kifayah.
2. Kelebihan.
·
Keuntungan Akhirat - Amat besar ganjaran
pahala kerana menolong melepaskan dosa orang lain.
·
Keuntungan dunia - mendapat upah.
3. Memandikan Jenazah.
·
Asas Mandi Jenazah
1. Meruang
( buang najis).
2. Membersihakn
najis.
-
membersihkan semua najis pada jenazah.
3. Meratakan
air mutlak.
4.Wudukkan jenazah dan jirus dengan air kapur
barus ( sunat ).
4. Kafan
·
Asas Kafan
1. Membalut
mayat keseluruhannya
-
Boleh menggunakkan semua benda yang tidak
bernajis
-
Jika darurat yakni tiada bahan lain yang
boleh digunakan untuk membalut jenazah boleh menggunakan selut untuk menutup
kulit jenazah atau untuk dikafankan.
5.
Solat
Jenazah
1. Niat
o
Sahaja aku solatkan jenazah ini 4 takbir
fardhu kifayah Makmum/imam kerana
Allah taa’la.
2. Takbir
pertama
o
Al-Fatiha ( wajib)
3. Takbir
kedua
o
Selawat (wajib) Bacaan seperti Tahiyat Akhir
4. Takbir
Ketiga
o
Doa (wajib)
5. Takbir
Keempat
o
Doa (sunat)
6. Salam
6.
Tanam
Jenazah
1.
Lubang
Kubur
§ Sukatan
-
Tidak terlalu panjang, lebar, pendek, sempit
-
Kedalaman mayat tidak berbau dan boleh
dikorek binatang buas
2.
Kedudukan
Mayat
-
Dada kearah Kiblat(wajib)
-
Bahu kanan di bawah (sunat)
4 Golongan lelaki ditarik wanita:
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami
mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari
ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka
yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA
DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri,
jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir
kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah
sangat berharga.
ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum
muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid)
dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan
peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita. "
~ A Q I D A H ~
Firman Allah :
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan Raja Dikyanus yang zalim) lalu mereka berkata : “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, sekali-kali kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran”
(Surah Al-Kahfi : 14)
:: P E N G E R T I A N A Q I D A H ::
Aqidah dari sudut bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan yang memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dengan aman.
Dari sudut istilah ialah keimanan yang teguh dalam hati yang tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya bersungguh-sungguh dan berpegang kepada Alquran dan Assunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu Al-‘Alaq, menjelaskan aqidah yang sempurna.
:: KONSEP TAUHID ::
Asas kepada aqidah ialah tauhid kepada Allah.
Tauhid dari segi bahasa ialah mengesakan Allah Taala. Dari segi istilah ialah beri’tiqad dan percaya bahawa Allah Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya.
Firman Allah :
“Katakanlah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Esa. Dialah sumber pergantungan segala sesuatu. Dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara dengannya.”
(Surah Al-Ikhlas : 1-4)
:: Tauhid terbahagi kepada 3 ::
~ Tauhid Rubbubiah ~
Ialah mempercayai Allah sebagai ”Rabb” atau pencipta dan penguasa terhadap segala sesuatu. Allahlah pencipta sekelian makhluk dan alam ini, pemilik dan pentadbir dan pemberi segala-galanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu. Dia yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat kepada sesuatu dan tiada sesiapa yang berhak dan berkuasa untuk melakukan kebaikan atau keburukan tanpa izinNya.
~ Tauhid Uluhiah ~
Ialah meyakini bahawa Allah sahaja yang berhak kita perhambakan diri
Dengan seluruh jiwa raga (roh dan jasad ).
Firman Allah SWT:
” Perhambakan diri mu kepada tuhanMu sehingga kamu yakin ( kematian )
Beriman kepada Allah bermakna kita menolak segala selain Allah sebagai Tuhan dan seterusnya mengakui serta nenghayati sepenuhnya kalimah Laa Ilahalillah. Keselarasan kedua-dua tauhid itu amat penting bagi memastikan keimanan kepada Allah adalah sejati. Kerana Tauhid Rububiyyah menyatakan yang Allah ini adalah pencipta segala-galanya. Sedangkan Uluhiyyah adalah pengakuan bahawa Allah itu sahajalah yang berhak disembah kerana Dia adalah pemilik segalanya.
~ Tauhid Asma’ wa Sifat ~
Tauhid Asma’ Was-Siffat adalah kita yakin dengan zat Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Kita mensucikanNya daripada serupa dengan makhluk. Kita juga beriman dengan segala sifatNya yang tsabit dan ada nas dalam Al-Quran. Ianya tidak sempurna melainkan kita menghapuskan sifat ingin tahu tentang keadaan ataupun kaifiat zat Allah SWT. Ketiga-tiga gabungan inilah baru disebut akidah yang sempurna, sebarang pengabaian atau ketidakkepercayaan kepada salah satunya adalah menjadikan seseorang itu bukan dikalangan orang Islam.
:: KONSEP SYAHADAH ::
Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran serta pernyataan. Kalimah Syahadah mengandungi pengertian ikrar, iktiraf, dan iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Dengan kata lain Laa Ilahaillah adalah penolakan bahawa tiada yang layak dijadikan tuhan kecuali Allah sahajalah. Hakikat ini menetapkan keyakinan bahawa Tuhan itu Esa dari segi SifatNya, ZatNya serta AfalNya. Ia adalah pintu masuk kepada Islam. Ia nyawa kepada setiap bahagian Islam
:: PENGERTIAN ILAH ::
Ia membawa kepada beberapa pengertian yang saling melengkapi:
:: Tempat tumpuan dan matlamat pengbdian
:: Tempat perlindungan
:: Tempat tumpuan kecintaan
:: Sebagai pemberi rezeki
:: TUNTUTAN SYAHADAH ::
Apabila kita telah bersyahadah maka kita telah tertanggung beberapa tanggungjawab sebagai bukti dan tanda kita ini adalah betul dalam penyaksian kita. Tuntutannya adalah sama dengan istilah takwa ” melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dikemukakan secara lebih terperinci apa yang kita perlu lakukan.
Melaksanakan semua rukun Islam.
Intima’ (bergabung) dengan Islam dalam seluruh aspek termasuk akidah, akhlak, keluarga dan ibadah.
Berintima’/nenyertai atau bersama dengan jemaah/organisasi Islam
Menegakkan pemerintahan Islam secara sempurna (daulah Islam)
Melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.
Berusaha membentuk Khilafah Islamiyyah.
:: PERKARA YANG MEMBATALKAN SYHADAH ::
Perkara yang menyebabkan syahadah terbatal terbahagi kepada 3 kategori:
1. Iktikad :
Kita salah dari segi iktikad Ahli Sunnah, seperti mengiktikad yang Allah serupa dengan makhluk, walaupun dengan satu sifat. Juga beriktikad dengan iktikad yang bercampur dengan fikiran atau falsafah seperti kaum Muktazilah.
2. Lisan :
Lisan kita menuturkan kata kata yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti mengatakan yang Islam tidak boleh lagi dianalkan kerana sudah ketinggalan zaman, menyatakan Islam Jumud, zalim , pengganas dan sebagainya yang seumpama.
3. Perbuatan :
Melaksanakan perbuatan yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti melakukan penyembahan kepada selain daripada Allah seperti berhala dan sebagainya, termasuk juga jika kita memakai salib. Juga termasuk dalam kita berhuku dengan hukum selain dari hukum Allah.
Adil
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya),
maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
PENGERTIAN ADIL
Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.
Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:
1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.
SIFAT ORANG YANG ADIL
Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i- tidak mementingkan diri sendiri
ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.
Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.
ADIL KEPADA DIRI SENDIRI
Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
( Surah Al A’raf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.”
Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.
ADIL KEPADA ORANG LAIN
Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:
(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.
10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap
Kebolehan berucap menjadi kriteria utama mengukur kemampuan anda berhadapan degnan sesiapapun. Sebagai contoh, pembentangan kertas kerja di hadapan ahli lembaga pengarah, pelanggan atau rakan sekerja memerlukan keberanian dan keyakinian diri yang tinggi. Contoh terdekat dalam Islam dan perlu dipraktikkan ialah apabila melihat kelantangan dan keberanian Asma' bt Yazid, seorang pemidato wanita terulung kerana keberanian dan kepandaiannya berhujah.
Perasaan gementar adalah perkara biasa bagi anda yang jarang memberikan ucapan di khalayak ramai. Ini menunjukkan anda seorang yang mahu melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, perasaan gementar yang keterlaluan tidak akan membantu anda untuk maju kerana pihak atasan gagal melihat kebolehan anda berucap. Berikut adalah cara sesuai untuk anda mengawal perasaan gementar dan menjadikan ucapan anda lebih berkesan dan sukar dilupakan.
1. Biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujah Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.
2. Kenal pasti penonton Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka
sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurangan apabila anda berdiri di hadapan mereka nanti.
3. Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.
4. Bersantai,
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti. Jika tidak,anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.
5. Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan meyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya. Insya Allah.
6. Yakini diri bahawa orang lain mahu anda berjaya menyampaikan ucapan
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya ucapan anda mempunyai kriteria ini, pastinya anda akan berjaya.
7. Jangan memohon maaf
Sekiranya anda menyatakan kegementaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda hanya akan membuatkan penonton mengimbas kembali dan cuba mengenal pasti di manakah kesilapan tersebut. Jangan sekali-kali melakukan perkara ini.
8. Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda memberi penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.
9. Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.
10. Kutip pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.
Langgan:
Catatan (Atom)